Las Noches Hueco_Mundo

Istana Las Noches.

Las Noches (虚夜宮, berasal dari bahasa Sepanyol, secara literal bermaksud Malam-Malam) merupakan sebuah kubu rahsia Aizen Sōsuke, Ichimaru Gin dan Tōsen Kaname selepas mereka meninggalkan Soul Society. Mereka tinggal bersama-sama Arrancar yang diketuai Sōsuke Aizen sendiri.

Strukturnya termasuklah sebuah kubah yang besar sebagai bangunan utamanya dan dikelilingi oleh beberapa buah menara dan bangunan-bangunan yang lebih kecil. Di atas kubah tersebut terdapat beberapa buah palang kecil, di mana bilik Aizen bertakhta dan bilik pertemuan Espada. Juga, di sebuah bilik di mana Orihime Inoue dikurung terdapat sebuah tikar sembahyang yang besar menghadap ke luar, seperti yang digunakan oleh masyarakat Islam. Seperti kawasan di Hueco Mundo, setiap bangunan di Las Noches diawarnakan putih.

Las Noches merupakan struktur bangunan yang terbesar di dunia Bleach, saiznya hampir ataupun lebih besar daripada Sereitei di Soul Society. Disebabkan saiznya yang luas, Ichigo Kurosaki beranggapan bahawa ia mungkin sekadar ilusi kerana posisi Ichigo dan rakan rakannya tetap tidak berubah walaupun selepas berlari tercungap-cungap ke arahnya. Menurut ahli arrancar Nell Tu, untuk mengelilingi strukturnya sahaja mengambil masa selama tiga hari. Posisi ruang tamu di istana Las Noches juga boleh diubah-ubah untuk menjejaki pergerakan perceroboh ataupun musuh.